Wahhhh gituuu..... Sempena kepopularan Gangnam Style nie, aku amik gakla kesempatan untuk tulis tentang Sempa Style. Style zaman taun 1970-an memang kelakar habis. Masa tinggal kat Kampung Sempa nie, aku sikitpun tak pernah nak tahu apa fesyen orang masa tu. (Sampai la nie pun aku tak pernah amik tahu gak. hehehe). Pakai baju apa pun tak kisah janji baru. Bila kata baru, gerenti perasan cantik walaupun baju kuning seluar hijau. Malangnya gambar aku pakai baju kaler2 gitu dah x jumpa plak dlm simpanan. Kalau jumpa akan aku letak gak gambar klasik tu kat blog nie.
Gaya Nya masa nak gi pekan Slim River naik bas MARA
Sama gak la dengan fesyen rambut. Ada anak sedara aku dah buat style rambut kerinting mauut punye. Nama dia Azua. Dulu2 Nya kata nama timangan dia Begolan. Entah apa maknanya akupun tak tahu. Nya ada banyak nama timangan. Ayah dia panggil Boyoi, bukan Boboiboy tahu. Aku dia kata Bengunyak sebab menangis banyak masa kecik. Abang Azua, Kamal dia panggil Benuang. Dan abang Izam dia panggil Budot. Lain-lain aku dah tak ingat. Tapi itulah nama timangan yang fofular masa tu.
Azua (masa nie kurang kerintingnye)
Berbalik ngan si Azua nie, akupun tak tahu nape dia tergamak nak wat rambut kerinting cam gitu. Ada lagi satu gambar dia yang betul2 tak boleh nak pandang....Nanti kalau aku jumpa aku letak. gambar tu sekali ngan gambar aku yang pakai seluar hijau baju kuning, kalau tak salah. Memang gempak habis!! Itu masa dulu. La nie, si Azua nie memang jauh bezanya. Bergaya mengalahkan artis!!
Setiap kali balik raya atau balik kampung abang An atau akak Ziah akan bawak kamera dan dengan kamera nie lah kami bergambar sehabis cantik. Memang perasan cantikla masa tu. Tengok jer la gambar2 kat bawah nie....!!
Oppa Sempa Style!! Hebat anak2 sedara aku....Lawa lawa dan kacak kacak belaka!!
Cik,gmbr 4 org bdk kecik yg comey2 tu bkn kt sempa la rasanya,well,biasa la,kalau kecik buruk,besar mmg meletop,cun bagai..ngeeeeeee
ReplyDelete