NOSTALGIA TERINDAH
untuk kite kite jer.....

Thursday 18 October 2012

OPPA SEMPA STYLE!!!!

Wahhhh gituuu..... Sempena kepopularan Gangnam Style nie, aku amik gakla kesempatan untuk tulis tentang Sempa Style.  Style zaman taun 1970-an memang kelakar habis.  Masa tinggal kat Kampung Sempa nie, aku sikitpun tak pernah nak tahu apa fesyen orang masa tu.  (Sampai la nie pun aku tak pernah amik tahu gak.  hehehe).  Pakai baju apa pun tak kisah janji baru.  Bila kata baru, gerenti perasan cantik walaupun baju kuning seluar hijau.  Malangnya gambar aku pakai baju kaler2 gitu dah x jumpa plak dlm simpanan.  Kalau jumpa akan aku letak gak gambar klasik tu kat blog nie. 

Gaya Nya masa nak gi pekan Slim River naik bas MARA

Sama gak la dengan fesyen rambut.  Ada anak sedara aku dah buat style rambut kerinting mauut punye.  Nama dia Azua.  Dulu2 Nya kata nama timangan dia Begolan.  Entah apa maknanya akupun tak tahu.  Nya ada banyak nama timangan.  Ayah dia panggil Boyoi, bukan Boboiboy tahu.  Aku dia kata Bengunyak sebab menangis banyak masa kecik.  Abang Azua, Kamal dia panggil Benuang.  Dan abang Izam dia panggil Budot.  Lain-lain aku dah tak ingat.  Tapi itulah nama timangan yang fofular masa tu.

Azua (masa nie kurang kerintingnye)

Berbalik ngan si Azua nie, akupun tak tahu nape dia tergamak nak wat rambut kerinting cam gitu.  Ada lagi satu gambar dia yang betul2 tak boleh nak pandang....Nanti kalau aku jumpa aku letak.  gambar tu sekali ngan gambar aku yang pakai seluar hijau baju kuning, kalau tak salah.  Memang gempak habis!!  Itu masa dulu.  La nie, si Azua nie memang jauh bezanya.  Bergaya mengalahkan artis!!

Setiap kali balik raya atau balik kampung abang An atau akak Ziah akan bawak kamera dan dengan kamera nie lah kami bergambar sehabis cantik.  Memang perasan cantikla masa tu. Tengok jer la gambar2 kat bawah nie....!!










Oppa Sempa Style!!  Hebat anak2 sedara aku....Lawa lawa dan kacak kacak belaka!!

    


Tuesday 11 September 2012

LAMPU GASOLINE

Lampu gasoline ni nostalgia beb!  Tengok iklan Maxis sekarang yang ada orang bawak lampu cam gini, teringat sungguh masa kat Kampung Sempa.  Inilah lampu yang menerangi suasana suatu ketika dulu.  Ada sebijik jer pulak tu.  Bayangkan sebuah rumah kampung kayu dalam hutan diterangi sebijik lampu gasoline yang cam gini.  Mula2 tu ada gak 2, tapi yang satu tu macam2 ragam.  Kejap menyala kejap tak.

Bila dah nak senja memang dah jadi tugas ayah aku untuk pasang lampu gasoline ni.  Mula2 ayah akan isi minyak.  Lepastu ayah akan letak satu kaki dia kat bawah lampu tu untuk kasi kuat dan pam guna tombol yang merah tu.  Masatu pakai kain pelikat.  Boleh bayangkan tak?  Lepastu ayah akan tekan satu punat untuk nyalakan mentol yang diperbuat dari sejenis kain yang aku tak tahu jenis apa.  Tak sempat nak research plak.  Cuma dia punya mentol nie memang sensitif.  Kalau usik sikit jer dia akan lebur macam abu.  Heran gak aku masa kecik2 dulu.  Pandai tul orang yang cipta lampu nie.  Sampai la nie heran tak habis lagi. 

Lampu gasoline ni ayah aku akan sangkut kat tengah2 rumah.  Jadi kat bawah lampu nie lah kalau nak makan atau nak buat apa pun.  Yang bahayanya kalau masa makan tu ada cicak terberak.  Haram tak nampak.  Kes nie selalu berlaku beb.  Kadang2 perasan jugak macam ada benda yang jatuh dari atap.  Tapi nak buat camana, telan jer la.  Kalau nampak kat tepi pinggan masih boleh kuis.  Kalau dah bercampur dengan sambal ikan bilis, mana nak nampak.  Lebih parah lagi kalau masa makan sahur.  Dah lah mata separuh terbukak, cahaya lampu pulak ala-ala romantik, memang tak nampakla tahi cicak tu.  Entah2 ekor cicak pun boleh telan sekali kot sebab tak nampak punya pasal. 

Tapi ada gak bagusnya lampu gasoline ni.  Kalau masa bersahur ada masanya ayah tak pasangpun.  Jadi guna lampu minyak tanah jer.  So apa yang berlaku ialah, sambil makantu boleh tutup mata.  Nya ngan ayah tak nampak punya.  Kiranya tidur sambil makanla.  

Kalau nak baca bukupun mesti kat bawah lampu gasoline nie jugak.  Kat dapur pakai lampu pelita minyak tanah.  Ruang depan rumahpun pakai lampu pelita minyak tanah jugak.  Aku masih ingat lagi bila time nak pegi sekolah.  Masa nie sekolah rendah la.  Kalau pagi tu mandi ala kadar jer (sebab sejuk), hidung mesti tak sempat nak cuci bersih.  Masa bersiappun hari masih gelap dan masih guna lampu minyak tanah untuk tengok cermin, pakai bedak semua.  Itu yang sampai sekolah tu kena tegur sebab hidung berjelaga.  Korang tahu ker berjelagatu camana rupanya?  Hidung aku akan nampak hitam sebab hidu asap jelaga lampu pelita minyak tanah.  Kalau kesat dengan tisu memang hitam tisu tu. Buruk betul rupanya. 

Sampai tingkatan berapa, aku tak ingat barulah ada letrik. Sebelum tu ada gak guna lampu kalimantang pakai generator.  Maknanya masa aku periksa penilaian darjah 5, masih pakai lampu minyak tanah.  Dapat gak 3A 2B.  Kira pandai gak lah tu....Hehehe.  Dapat gak upah dari Nya.  Sekor ayam dengan pulut kuning!  Makan sampai tak lalu.  Balance baru bagi abang Izam.  Hahaha.  Memang dah gitu peraturan 'Upah'nya.    
 

Monday 10 September 2012

MAKANAN & UPAH TIME!


Memang aku tak nafikan yang aku tak berapa sangat nak kisah balik kampong sempa ataupun sg merab sebabnya dua-dua pun best bagi aku. Kalau di sempa boleh mandi sungai, kutip siput sedut, beraya rumah sedara yang ramai tu etc, di sg merab boleh menjala, memancing or tangkap ayam hutan.  Pendek kata, dua-dua ada aktiviti menarik untuk aku. Tapi aku bukan nak citer pasal perbezaan antara kg sempa dgn sg merab. Aku nak citer pasal makan. Barangkali makananlah antara sebab adik-adik aku tak berapa gemor balik sg merab sebab masakan kat sg merab tak kena dgn selera diaorg.

Makanan time raya yg biasa ada kat kg sempa ialah lemang dgn rendang, ketupat, dodol, butter cake (jgn main-main, opah expert buat butter cake), baulu gulung, kuih Loyang etc. Semuanya sedap sedap belaka. Favourite aku dodol dgn butter cake (walaupun ramai yg lebih gemor dgn baulu gulung, aku lebih suka dgn butter cake opah). Sampai ke hari ni aku tak jumpa lagi dodol & butter cake yg sesedap air tangan opah. Makanan2 raya tu lah jadi pengisi perut setiap kali raya. Selalunya raya ketiga baru jumpa nasi. Bila pagi raya, time makan tu meriah skali. Pelahap-pelahap belaka (opah selalu cakap mencongok’i kelian), sampaikan kepelahapan tu terbawak2 ke rumah sedara mara kat balun. Banyak kali jugak aku kena tegur dgn acik ziah sebab terlebih makan (acik ziah mmg pantang kalau kitaorg habiskan kuih dalam piring, mesti kena tinggalkan satu). Patutnya berterima kasih dgn mereka2 penghuni tetap kg sempa sebab diaorg nilah yg tolong opah buat makanan2 semua tu semua tu.

Dalam byk2 makanan raya, aku cuma pernah terbabit time masak dodol je. Lemang tu adalah sesekali kalau balik awal, itupun tolong si izral jaga api je. Buat dodol ni mmg memenatkan. Kacau berejam baru dapat hasilnya. Dari kawah yg penuh tapi hasilnya lebih kurang suku kawah. Kacau ikut turn kat bawah pokok manggis belakang rumah opah. Kacau sambil melawan asap kayu sampai meleleh air mata dgn air hidung. Agaknya itu penambah perisa kot (hehehe). Bila dah hitam pekat, kejap2 panggil mandur (opah ler) mintak tgk dah masak ke belum. Yang aku ingat, nak tau masak ke tak, opah masukkan daun pandan dalam kawah. Kalau dodol tak melekat kat daun pandan tandanya dah masak. Kalau masih melekat, teruskan kacau.  Pernah 1 ketika (aku rasa lebih dari skali), kitaorg kacau dodol dua kawah sebab kawah yg pertama tu habis buat hidangan kat org datang beraya. Kawah kedua tu utk semua bawak bekal balik.

Setiap kali balik kampong, opah akan sembelih ayam. Tu ayam kampong ori ok. Sakarang ni kat kl, makan ayam kampong pun bukan yg ori. Ayam tu selalunya opah masak lemak kerisik utk cucu2nya. Masak lemak kerisik tu tak pedas so, semua cucu2nya boleh makan. Daging ayam kg yg ori liat tp macamana opah buat ntah, ayam yg opah masak tak liat. Alhamdulillah, resepi tu masih wujud sebab mak aku slalu jugak masak ayam lemak kerisik.

Time ada siput sedut lg hebat. Satu rumah dengar org menyonyot siput sedut. Korang bayangkanlah 1 guni beras tu boleh habis utk sekali mask je. Lg satu yang specialnya, opah slalu bagi upah kat cucu2nya yang dpt result bagus. Nak tau apa upahnya? Ha.... Opah akan buatkan pulut kuning dgn topping ayam goring & telur rebus. Lepas tu dia suruh cucu2nya duduk bersila dan opah pusing2kan upah tu atas kepala cucu2nya sambil bg nasihat. Antara ayat2 yg aku ingat “belajar rajin2 yo, jgn nakal2, dongar ckp omak iyo”. Lepas upacara upah, opah bg kitaorg makan pulut kuning dgn topping ayam goring & telur tu. Tp aku makan ayam je sbb aku tak brapa suka pulut. Kat bawah ni contoh opah bg upah kat cucu2nya. Dlam gbr tu sheeda dgn shahrir dpt upah pasal exam dapat nombor 1 rasanya.


Time musim buah, opah & atuk akan suh anak2 cucu2 balik. Atuk slalu simpan durian bawah katil. Time tu memang tak penah miss balik kg. Time tu, breakfastpun dgn buah. Tempat favourite aku, pokok rambutan gading kat tepi jalan dengan pokok manggis belakang rumah opah. Tu tempat aku bergayut tiap2 pagi sambil makan buah. Jadi monyet... hehehe. Kalau korang masih ingat rambutan gading tu awal putus buah. Tau kenapa? Arwah opah penah citer kat aku dulu yg pokok tu tak berbuah lagi sebab pokcu. Arwah opah cakap, dulu dia slalu bg buah rambutan tu kat org lalu lalang dpn rumah. Asalkan ada org lalu mintak buah, opah bg je. Tp pokcu tak suka, pokcu ckp buat apa bg kat org nanti anak cucu tak dapat makan. Terus pokok tu merajuk tak berbuah langsung. Opah ckp lagi lain kali jgn kedekut, kalau kedekut nanti Allah tarik rezeki.

Dah byk page aku type.... stop dulu kat sini, lain kali aku citer lagi....

Zeli