NOSTALGIA TERINDAH
untuk kite kite jer.....

Monday, 10 September 2012

MAKANAN & UPAH TIME!


Memang aku tak nafikan yang aku tak berapa sangat nak kisah balik kampong sempa ataupun sg merab sebabnya dua-dua pun best bagi aku. Kalau di sempa boleh mandi sungai, kutip siput sedut, beraya rumah sedara yang ramai tu etc, di sg merab boleh menjala, memancing or tangkap ayam hutan.  Pendek kata, dua-dua ada aktiviti menarik untuk aku. Tapi aku bukan nak citer pasal perbezaan antara kg sempa dgn sg merab. Aku nak citer pasal makan. Barangkali makananlah antara sebab adik-adik aku tak berapa gemor balik sg merab sebab masakan kat sg merab tak kena dgn selera diaorg.

Makanan time raya yg biasa ada kat kg sempa ialah lemang dgn rendang, ketupat, dodol, butter cake (jgn main-main, opah expert buat butter cake), baulu gulung, kuih Loyang etc. Semuanya sedap sedap belaka. Favourite aku dodol dgn butter cake (walaupun ramai yg lebih gemor dgn baulu gulung, aku lebih suka dgn butter cake opah). Sampai ke hari ni aku tak jumpa lagi dodol & butter cake yg sesedap air tangan opah. Makanan2 raya tu lah jadi pengisi perut setiap kali raya. Selalunya raya ketiga baru jumpa nasi. Bila pagi raya, time makan tu meriah skali. Pelahap-pelahap belaka (opah selalu cakap mencongok’i kelian), sampaikan kepelahapan tu terbawak2 ke rumah sedara mara kat balun. Banyak kali jugak aku kena tegur dgn acik ziah sebab terlebih makan (acik ziah mmg pantang kalau kitaorg habiskan kuih dalam piring, mesti kena tinggalkan satu). Patutnya berterima kasih dgn mereka2 penghuni tetap kg sempa sebab diaorg nilah yg tolong opah buat makanan2 semua tu semua tu.

Dalam byk2 makanan raya, aku cuma pernah terbabit time masak dodol je. Lemang tu adalah sesekali kalau balik awal, itupun tolong si izral jaga api je. Buat dodol ni mmg memenatkan. Kacau berejam baru dapat hasilnya. Dari kawah yg penuh tapi hasilnya lebih kurang suku kawah. Kacau ikut turn kat bawah pokok manggis belakang rumah opah. Kacau sambil melawan asap kayu sampai meleleh air mata dgn air hidung. Agaknya itu penambah perisa kot (hehehe). Bila dah hitam pekat, kejap2 panggil mandur (opah ler) mintak tgk dah masak ke belum. Yang aku ingat, nak tau masak ke tak, opah masukkan daun pandan dalam kawah. Kalau dodol tak melekat kat daun pandan tandanya dah masak. Kalau masih melekat, teruskan kacau.  Pernah 1 ketika (aku rasa lebih dari skali), kitaorg kacau dodol dua kawah sebab kawah yg pertama tu habis buat hidangan kat org datang beraya. Kawah kedua tu utk semua bawak bekal balik.

Setiap kali balik kampong, opah akan sembelih ayam. Tu ayam kampong ori ok. Sakarang ni kat kl, makan ayam kampong pun bukan yg ori. Ayam tu selalunya opah masak lemak kerisik utk cucu2nya. Masak lemak kerisik tu tak pedas so, semua cucu2nya boleh makan. Daging ayam kg yg ori liat tp macamana opah buat ntah, ayam yg opah masak tak liat. Alhamdulillah, resepi tu masih wujud sebab mak aku slalu jugak masak ayam lemak kerisik.

Time ada siput sedut lg hebat. Satu rumah dengar org menyonyot siput sedut. Korang bayangkanlah 1 guni beras tu boleh habis utk sekali mask je. Lg satu yang specialnya, opah slalu bagi upah kat cucu2nya yang dpt result bagus. Nak tau apa upahnya? Ha.... Opah akan buatkan pulut kuning dgn topping ayam goring & telur rebus. Lepas tu dia suruh cucu2nya duduk bersila dan opah pusing2kan upah tu atas kepala cucu2nya sambil bg nasihat. Antara ayat2 yg aku ingat “belajar rajin2 yo, jgn nakal2, dongar ckp omak iyo”. Lepas upacara upah, opah bg kitaorg makan pulut kuning dgn topping ayam goring & telur tu. Tp aku makan ayam je sbb aku tak brapa suka pulut. Kat bawah ni contoh opah bg upah kat cucu2nya. Dlam gbr tu sheeda dgn shahrir dpt upah pasal exam dapat nombor 1 rasanya.


Time musim buah, opah & atuk akan suh anak2 cucu2 balik. Atuk slalu simpan durian bawah katil. Time tu memang tak penah miss balik kg. Time tu, breakfastpun dgn buah. Tempat favourite aku, pokok rambutan gading kat tepi jalan dengan pokok manggis belakang rumah opah. Tu tempat aku bergayut tiap2 pagi sambil makan buah. Jadi monyet... hehehe. Kalau korang masih ingat rambutan gading tu awal putus buah. Tau kenapa? Arwah opah penah citer kat aku dulu yg pokok tu tak berbuah lagi sebab pokcu. Arwah opah cakap, dulu dia slalu bg buah rambutan tu kat org lalu lalang dpn rumah. Asalkan ada org lalu mintak buah, opah bg je. Tp pokcu tak suka, pokcu ckp buat apa bg kat org nanti anak cucu tak dapat makan. Terus pokok tu merajuk tak berbuah langsung. Opah ckp lagi lain kali jgn kedekut, kalau kedekut nanti Allah tarik rezeki.

Dah byk page aku type.... stop dulu kat sini, lain kali aku citer lagi....

Zeli


2 comments:

  1. Bagusla ada gak gambar Opah tengah wat upah. Klasik tuu....

    ReplyDelete