Merasa beraya di rumah opah ni masa zaman sekolah rendah.
Sekarang ni, aku dah pun cecah 30. Yang anehnya, setiap bait memori itu macam
tak pernah padam. Senyuman arwah opah, kegembiraan sedara mara, kesedihan
setiap kali kena balik KL lepas raya… semua tu masih segar. Jadi mengkolo acik
dah buat blog ni, meh kita nk citer sikit cik apa yg ada dalam kepala kita.
Bila setiap
kali raya, aku, angah dan sheeda akan berdoa balik umah opah. Along dia tak
kisah sb dia jenis ble mana2 pun. Kitorang memang mogok kalau balik umah nenek.
Walhalnya umah nenek tu abah siap offer naik keta sewa, dah la dekat plak tu,
takat area selangor aje. Tapi, umah arwah opah tu jugak yang jd idaman hati.
Selalu, abah akan tarik muka kalo balik umah opah kat sempa. Percaturan yang
biasa adalah membiarkan kami menaiki bas untuk pulang. Selalu pun kalo dapat
balik tu pasal abah keja (waktu tu abah keja bawak bas) di hari raya. Makanya
bermula la operasi untuk pulang ke kampong halaman yang memang thrill giler!!
Aku rasa, budak zaman skarang mmg tak merasa la balik kg mcm aku dolu2.
Malam sebelum nk balik tu lg dah siap packing. Sementara nk
tunggu esok tu kadang2 sampai tak tidur malam pun ada. Punya la seronok. Nak
balik kg opah, dr umah mak kena naik bas for hup atau tong fong, yang mana bas
bkn ada selalu okek. Dan kdg2, pemandu bas tu malas nk masuk jalan depan umah
(padahal depan rumah aku tu jalan besar kotttt??) jadi, kitorang akan usung beg,
naik kat ujung simpang. Sampai kat puduraya, naik bas 100. Haaaaa……bas 100 ni
mmg mencabar. Bas ni akan ikut jalan lama, which lalu rawang la, kerling
(korang tau?) yang mana, perjalanannya mengambil masa….well…aku rasa time tu
mcm setengah hari. Masalahnya, bas 100 ni, bkn mcm bas ekspress skang ni, mmg
beli seat. Bas ni kena rebut. Siapa cepat, dia dapat duduk. Destinasi terakhir
adalah Tg Malim. Cuba korang bayangkan, kalo la, time2 tak dapat seat, mahu kn
berdiri berjam2 pasal dah sah sah destinasi kita orang yg LAST skali!! Ada masa
tu sampai tertidur berdiri.
Tapi mak
aku mmg hero…dia dah train anak2 dia baek punyerrr…. Aku zaman tu akan rebut
ikut pintu depan. Taktiknya senang, susup dari tepi, dan disebabkan aku kecik,
org biasanya akan bg aku naik dulu hehehehe tapi, walau mcm mana terer pun aku,
bila aku naik (dah perasan org 1st dah naik tu) dan dan along dgn
angah aku dah siap cop tempat duduk kat atas bas. Aih??? Rupanya, mak dah
stesyen anak lelaki dia kat pintu kecemasan bas tu, derang naik ikut situ,
masuk dlm pastu tutup supaya org lain tak dapat naik
ahahahaha…bijak…bijak….then bila dah cop tempat, baru la mak naik, bawak
Shaheeda (adik aku yang bongsu) dgn beg sket. Bermula perjalanan ibarat
setengah hari, dgn bau yang tatau nk describe, semua tu kitorg tak penah endah
sb nk balik umah opah.
Bila sampai pekan Tanjung Malim, nk
tunggu bas MARA seperti yg diceritakan oleh penulis sebelum ni hehe punya la
azab. Sejam satu. Tu kalo punctual. Kalo sangkut tak ble reverse kat behrang?
Atau tayar pancit? Atau apa2 la yg sama waktu dengannya yang akan mendelaykan
ketepatan masa bas tu?? menunggu lah kami di pekan tg malim tu dgn tabah dan
berpanasan di bulan puasa. Tapi semua tu hilang bila kitorang nampak opah
tunggu kat tepi tingkap. Opah akan memanjang leher tgk siapa yang balik tiap
kali ada bas benti depan umah dia. Kdg2 org umah depan. Opah kecewa. Tp kalo
anak cucu dia yang turun, terkocoh2 la org tua tu dtg menyambut kami. Merentas
tapak ala2 bendang sejauh ada kot 200m cik? Dan sama2 tolong angkat beg. Opah
mmg the best!!!! Sapa anak cucu yg tak sayang dia? Aku rasa, opah aku mmg the
best nenek in the whole world. Tu pasal anak2 india pun nk jd cucu angkat dia.
Huh! Biasanya family aku akan balik yg last, jadi semua org dah ada kat dalam
umah, maka bersorak2 sakan la org2 dlm umah bila nampak kami ahahahahaha moment
tu mmg the best!!! Lagi meriah dr sambut YB melawat kawasan kot…dia punya riuh,
aku rasa, bergegar sempa tu.
Mak aku mmg cekal. korang bayangkan, mana nk
usung anak 4 orang, mana nk usung beg, dengan puasa lg, dengan masa yang byk
dihabeskan dgn menunggu bas2 yang berkenaan, tapi mak tetap rilek. Sampai sudah
pun keluarga aku tader keta yang ble bawak kitorang balik kg opah. Tapi
kitorang tak penah serik nk balik. Tak penah letih. Tak penah merungut.
Lunch hour
aku sejam pun dah abes. Nanti kita tulis lagi cik. Ahaha syok tulis pasal kisah
rumah biru ni.
SUDUT PANDANGAN BUDAK KECIK BERNAMA YANTI
Kelakar giler siot! Hahaha. Gitu rupanya...Hahaha
ReplyDeletexde ke ikon likes cam kat FB tu,kalau ada nak likes je...hehehehhe...
DeleteTp part mak lang naik bas ikut pintu kecemasan tu mmg x bleh blah...bayangkan muka mak lang time panjat pintu bas tu...hahahaha...sian mak lang...
DeleteBukan ke ada yang angkat dan jolok bontot masuk ikut tingkap? Rasanya cam ada jer. Dan ada gak yang campak beg dulu. Bila naik, nampak beg orang atas seat, campak beg tu ke seat belakang..
ReplyDeletebukan mak lang yg suruh kitaorg naik ikut pintu belakang.... taktik tu kitaorg belajar time berebut naik bas foh hup/tong fung pegi sekolah.
ReplyDeletemak lang tak penah berebut, dia bos. tentera2 dia yg cop kan tpt.... hehehe
acik, yg tolak beg tu kalau beg diaorg kecik boleh muat ikut tingkap sbb kat tingkap ada palang melintang. balik raya, masing2 bawak beg besar, tak muat tingkap.