NOSTALGIA TERINDAH
untuk kite kite jer.....

Tuesday, 4 September 2012

CERITA RAYA

Sebab la nie masih mood raya, makanya aku nak bernostalgialah pasal raya kat Kampung Sempa nie.  Sebelum raya lagi aku dah sibuk tanya Nya sapa yang akan balik.  Nya akan kata 'Ontah.  Tapi balikla tu semuonyo.  Kalau balik lambat pun si Enah la'.  Memang aku paling tak suka kalau ada kakak2 aku yang tak balik.  Abang aku memang sah balik.  Yang selalu ada lambat sikit Kak Enah atau Kak Ziah dan sesekali Along aku.  Sedih ooo kalau semua tak berkumpul masa malam raya.  

Yang best masa malam raya tu dah tentu2 main bunga api dengan mercun yang selalu dibekalkan dek abang An ngan Abang Sham.  Mercun yang paling popular mercun roket.  Rumah aku tu jauh dari rumah orang.  Jadi kalau main mercun kuat camanapun gerenti tak ada sapa yang marah.  Mercun roket ni letak kat dalam batang betik yang dipotong.  Cucuh kat lampu buluh yang aku buat.  Haaa bab buat lampu buluh atau panjut yang orang kata sekarang nie, memang itu kerja rutin aku setiap kali raya.  Hebat tuu...Nie aku nak citer sikit camana nak buat lampu dari buluh.  Ini idea aku sendiri.  Bukan ciplak punye.

Mula-mula aku akan tebang batang buluh yang sederhana besar.  Buluh nie dari buluh rebung manis yang ada kat belakang rumah.  Lepas tebang, aku guna gergaji ayah untuk potong dan buat lubang untuk letak sumbu.  Aku akan buat 3 atau 4 lubang sumbu untuk satu ruas buluh.  Sumbu pulak aku akan pergi tebang buluh kuning yang kat tepi paya tu.  Buluh kuning ni kecik2 jer sebesar telunjuk.  Aku akan potong dalam 3 inci dan letakkan di dalamnya tali guni.  Bab tali guni nie aku dapatkan dari Nya la.  Dia cukup paham bab nak buat-buat lampu raya nie.  Pastu aku akan buat dia punya lubang untuk letakkan tiang pulak.  Aku akan masukkan minyak tanah kat dalam buluh melalui lubang yang aku buat khas kat hujung ruas buluh.  Sikit punya kreatif ke aku?  Ini bukan pasal kreatif jer, tapi pasal rajin.  Hahaha.  Mesti ada yang bengkek giler bila baca nie.  

Lepas berbuka jer aku dan anak-anak sedara aku akan keluar main mercun.  Yang kecik2 akan main bunga api.  Tapi yang best masa nak pengumuman raya dibuat.  Dari dalam akan kedengaran orang tua2 menjerit, 'pengumuman raya!'.  Dan kami semua akan berlari masuk menunggu dengan penuh debar.  Raya ke tak raya?  Senyap macam ada kematian masa pengumuman dibacakan.  Hahaha.  Dan bila sebut jer esok raya, menjerit pekiklah semua orang dan senyum lebarlah ayah aku!  Sebabnya, ayah tak payah puasa lagi dan dapat hisap rokok!!  Hehehe.   

Malam raya memang semua selalunya tidur lewat.  Tidur pulak bergelempangan.  Tang mana ada ruang kat situlah tidur.  Sampai ada gak yang tidur kat dapur, punyala tak cukup tempat.  Tilam tak payah ceritalah.  Semua tidur merengkuk kat lantai simen yang beralas tikar getah.  Selimut pulak sapa cepat dia dapat.  Lain-lain pandai sendirilah selimut dengan kain batik atau pelikat ke.  Nasibla.  Malam pulak sejuk tuuu...  Tak payah aircond!  Bila dah tidur bergelempangan, nak jalanpun susah.  Terpaksa langkah badan orang kalau nak pergi buang air tengah2 malam.  Haru tul.... Tapi bahagia dan seronok giler.

Pepagi lagi dah bangun.  Sibuk pulak nak siapkan sarapan pagi sambil yang lain2 tunggu turn mandi.  Masa mula2 tu bilik air satu jer.  Bayangkanlah nak mandi punyala ramai.  Makanya ada yang akan mandi kat sungai kat depan tu untuk mempercepatkan keadaan.  Sarapan pagi raya dah tentu2 pekena lemang ngan rendang ayam.  Pastu akan ada kuih wajib, kuih bahulu gulung!  Pehhh kuih bahulu gulung Nya aku adalah kuih yang tersedap di dunia nie!!  Ada jugak kuih kek biasa, kek lapis dan kuih loyang.  Semua tu ada air tangan aku jugak.  Ada gak air tangan Ami, Syirin, Awil ngan Edwan dan ada pernah jugak disertai anak2 sedara aku yang lain yang balik awal sebelum raya.       

Masa nak pergi peraya adalah masa yang paling kelakar.  Semua akan pergi ke Kampung Balun.  Ada ketika naik kereta dan ada ketika naik bas.  Masa mula2 tu yang ada kereta Abang An jer.  Dengan kereta nie lah akan angkut semua orang ke Balun!  Sekali trip mahu 10 orang berhimpit2 dan berpangku2 dalam kereta.  Selagi muat, selagi tu sumbat masuk.  Kalau tak buat cam gitu banyaklah trip nak angkut.  Bila Kak Ziah ada Proton saga merah, barulah ada lapang sikit.  Itupun 2,3 kali 'ulak' gak.  Tapi masa naik bas pun ada nostalgia jugak.  Bas MARA masatu sejam satu.  Jadi kena naik jugak walaupun penuh.  Masalahnya kalau penuh driver bas tak nak berhenti amik kita orang.  Apa yang selalu Nya buat ialah, Nya akan tunggu sorang kat tepi jalanraya dan tahan bas.  Yang lain-lain akan menyorok kat bawah jalan.  Bila bas dah berhenti, semua yang ramai2 tadi berlari naik dan serbu bas.  Driver bas dah tentu tak boleh nak buat apa.  terpaksa amik jugaklah.  Jadi kita orang akan bergayut kat tangga bas.  Janji naik gak walaupun pijak satu kaki je kat tangga bas tu.  Kalau sekarang mampus tak boleh buat.  

Kat Balun tu ada la beberapa rumah yang kami akan pergi.  Yang wajib rumah Opah ngan opah Kamu.  Aku dapat rasakan orang Balun cuak giler bila nampak rombongan kami sampai.  Sebabnya ramai sangat!  Dah la ramai, bila makan tak reti nak malu.  Sampai licin kuih orang dibuatnya.  Aku masih ingat gak sekali sekala kat rumah Opah, ada ketikanya musim buah rambai kat belakang rumah Opah.  Dengan rambai2 sekali kami 'segap' dan bawak balik ke rumah.  Punyala tak tahu malu.  

Itu sebahagian dari nostalgia Raya aku.  Banyak lagi yang aku akan tulis dan harap2 nya adalah orang lain yang akan bagi cerita jugak dari perspektif yang lain.  

Kalau korang ada cerita, korang email kat aku di alamat kampungsempa@gmail.com.  Nanti aku akan letak nama pengirimnya sapa.

LINA DIN   

5 comments:

  1. Satu keta jer? Bukan cik ziah dah ada keta time tu? Sblm dia pakai saga merah mcm keta kebal tu, dia dah pakai ford lps tu br dia beli keta nissan...last sekali baru keta kebal merah tu... ;)

    ReplyDelete
  2. Yer ker? Ker mula2 duduk berasak2 tu dalam kete kak ziah? Memori dah hampir hilang la nie...Hehehe

    ReplyDelete
  3. yg touching,lepas bfast kena beratur ramai2..salam opah ngan atok,jurai2 air mata opah..

    ReplyDelete
  4. acik lupa citer pasal berjerami sampai pagi.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Nanti kita citer pasal main jerami laen kali plak

    ReplyDelete