Pernah ker korang kenal camana rupanya sabun cap kapak? Sabun cap kapak nie memang popular kat rumah 40 Kampung Sempa. Sabun nie kira macam sabun serba gunala. Warnanya hijau, 4 segi tepat dan keras kematun. Lama lepastu baru ada yang kaler kuning. Bila kena air, buihpun ala-ala manja jer. Bukan macam sabun la nie yang berbuih banyak. Baupun takde. Nak kata wangipun tidak, busuk pun tidak. Tapi itulah sabun pilihan Nya bertahun-tahun lamanya.
Sabun cap kapak nie Nya beli biasanya kat kedai India yang terletak kat jalan nak pergi ke pasar di pekan Slim River. Kedai India nie semua keluarga aku tahu dan si Koling nie pun kenal kebanyakan ahli keluarga aku. Punyala baik. Kedai Keling nie semua benda dia ada. Itu pasal Nya aku suka. Dari jauh bila nampak Nya aku, dia dah tunjuk gigi putih dia. Dia panggil Nya aku 'Mak Aji' Aku masih ingat lagi koling nie. Dia selalu pakai baju pagoda putih dan juga kain putih yang berlipat kat pinggang tu. Nak terangkan pun susah. Tapi cam gitula. Kalau tengok citer tamil mesti ada keling yang pakai cam gitu. Dan lebih klasik dia ada calit putih kat dahi yang menunjukkan dia nie kuat agama Hindunya. Cuma aku tak tahu apa nama sebenar dia. Ingatkan Mastan, tapi Syireen kata salah plak. Nostalgia dia nie....Sampai sekarang kedai dia masih ada, cuma berpindah tempat kat tepi petrol station di jalan utama. Dia masih ingat keluarga aku walaupun masatu Nya dah pindah ke KL. Bila balik kampung Nya akan singgah kat kedai Koling nie.
Sekarang dah orang lain jaga. Tak tahulah sedara mara dia nie atau sapa. Entah hidup entah dah mati tak pulak aku tahu. Aku pergipun untuk beli ubat semut. Ubat semut yang jual kat kedai dia nie paling mujarab berbanding yang kita beli kat supermarket atau kat pasar malam. Tak tahulah sapa pembekal dia. Satu paket RM1. Aku biasa borong banyak dan bagi sikit kat orang lain.
Sekarang dah orang lain jaga. Tak tahulah sedara mara dia nie atau sapa. Entah hidup entah dah mati tak pulak aku tahu. Aku pergipun untuk beli ubat semut. Ubat semut yang jual kat kedai dia nie paling mujarab berbanding yang kita beli kat supermarket atau kat pasar malam. Tak tahulah sapa pembekal dia. Satu paket RM1. Aku biasa borong banyak dan bagi sikit kat orang lain.
Berbalik citer sabun cap kapak nie. Nya suka beli sebab sabun ni memang tahan lama. Maknanya jimat ya amat sangat. Dia keras dan tak mudah cair atau lembek walau direndam dalam air. Nak buat lagi jimat, makanya Nya potong sabun cap kapak ni jadi 2! Maknanya satu bahagian pakai untuk mandi dan satu bahagian lagi pakai untuk basuh pinggan!! Ko ada cam gitu? Sabun mandi boleh buat sabun basuh pinggan?? Padahal masa nak basuh pinggan tu punyalah payah. Gosok kat kain banyak manapun tetap tak berbuih. Yang paling azab bila basuh pinggan yang berminyak. Bab basuh pinggan boleh tanya Zua ngan Aerra sebabnya dah macam kontrak pulak kita orang bertiga tukang basuh pinggan bila ada keramaian. Cuma bila ada keramaian biasanya Nya akan kuarkan sabun breeze la.
Sabun cap kapak ni, bukan setakat untuk sabun mandi dan basuh pinggan, tapi itulah jugak untuk basuh baju! Itulah satu-satunya sabun yang aku kenal masa zaman aku kecik dulu. Itulah sabun basuh kasut sekolah, sabun basuh muka, sabun basuh rambut. Manala tak ada kutu. Haaa bab kutu, nanti aku citer masa dan waktu yang lain pulak. Citer kutu memang klasik beb! Atau mungkin Syireen boleh citer kot. cer citer, cer citer Syireen!
cikk...mana lak india keluarga angkat opah tu nama mastan..yg mastan tu kedai dia jalan nak g sekolah rendah acik tu @ nak g pejabat pos,kedai selalu daddy beli paper..kedai mastan tu sampai sekarang kekal kat situ,tu india muslim...kutu???cara nak ilangkan letak minyak api..dijamin ilang satu ari..kekekekke...
ReplyDeleteYer ker? Betulla. Salah kenangan. Habis yg koling boli barang tu nama apo lak? Dah lupa dh aku. Byk sgt mkn somot. Tp kodai india tu memang betul pun. Cuma bukan namanya mastan. Nanti aku betulkan balik.
ReplyDeletesalam.... boleh tlg belikan sabun cap kapak utk kelemumur?
ReplyDelete