NOSTALGIA TERINDAH
untuk kite kite jer.....

Tuesday, 4 September 2012

HOBI AYAH

Ni nak citer pulak pasal hobi ayah aku. Lupa plak nak bagitahu pada yang tak kenal siapa ayah aku nie. Nama penuhnya Mohamed Din bin Alang. Lahir kalau ikut kad pengenalan baru ialah pada 1 Jun 1918. Maknanya sebelum zaman Jepun lagi ayah aku dah lahir. Tapi mengikut kata ayah aku, dia lahir lebih awal dari itu.  Cuma tak dapat dibuktikan di mana2.  Lahir kat mana, akupun tak tahu.  Ini kena tanya Izral sebab dia dah buat research hampir 10 tahun.  Hehehe.


dari kiri: Aerma, Ayah, Nya, Kak Ziah dan Aerra

Korang tengok gambar kat atas nie.  Aku bukan nak citer pasal wajah2 klasik yang ada kat gambar tu, tapi prop yang ada kat tepi meja makan tu.  Nampak tak buku yang tersusun kat situ?  Haaa, inilah hobi ayah aku yang tak turun kat aku sangat iaitu membaca buku!  Ayah aku nie kalau baca buku memang kusyuk giler.  Itu yang selalu Nya kecik ati ngan ayah aku.  Nya nak nyembang, tapi ayah duk ralit baca buku.  Sampai Nya kuar kata-kata bengang dia "Isok, dah tak ado aku, baco sangatlah buku tu...!"  Itupun ayah tak layan gak.  Last-lastnya Nya akan nyembang ngan 'Kumbang'.  Hahaha.  Kumbang nie nama kucing aku.  Lawak siot bila ingat kat Kumbang.  Nanti laen kali aku citer pasal Kumbang dan keturunannya plak.  

Banyak buku yang ayah aku baca.  Selalunya yang berkaitan dengan agama la.  Majalah yang ayah suka beli ialah Al-Islam, Pengasuh, Mastika (bukan Mastika cam harini yg penuh citer hantu), dan beberapa lagi yang aku dah tak berapa nak ingat tajuknya.  Kebanyakannya dalam bahasa jawi.  Majalah nie semua ayah aku akan dapatkan setiap bulan.  Ayah akan baca dari kulit depan ke kulit belakang termasuk iklan.  Lepas baca ayah akan jilidkan.  Hebat tak hebat?  Korang tahu ayah jilid camana?  Ayah akan ambik pisau dan buat dua lubang kat majalah tu.  Lepastu ayah akan amik dawai dan masukkan lalu lekatkan majalah mengikut bulan.  Untuk kasi tak nampak dawai tu ayah akan amik pulak kertas, gunting dan lekatkan di sisi.  Dan ayah akan tuliskan nama majalah dan bulan terbitannya di situ.  Buku dan majalah yang dijilid ini akan ayah simpan berpuluh tahun lamanya.  Bila ayah pindah ke KL, ayah tetap bawak sebahagian dari buku2 dan majalah itu dan ayah akan ulang baca bila2 yang ayah suka.  Inilah hobi ayah yang aku betul2 kagum dan respek.  

 gambar ni diambil 15/1/2010 kira-kira 2 minggu sebelum ayah meninggal
    
Ayah bawa hobi ni sampai ke penghujung nyawa ayah.  Gambar kat atas nie aku amik kira-kira dua minggu sebelum ayah meninggal dunia.  Masa nie aku jaga ayah kat Klang.  Walaupun mata dah rabun, semangat membaca ayah terus membara.  Ayah sanggup guna kanta pembesar untuk baca buku.  Dan cer tengok cara ayah baca buku.  Dari dulu lagi ayah memang suka baca buku berjam-jam sambil duduk membongkok macamtu.  Itu pasal bila tua badan ayah aku bongkok sangat.  Bongkok 90 darjah! 

Sebenarnya, dari sini jugaklah aku belajar bahasa Jawi.  Bila dah tak ada buku lain nak dibaca, nak tak nak aku baca jugakla majalah tulisan jawi ayah aku.  Ruangan yang aku paling suka ialah cerpen.  Mula-mula baca merangkak2.  lepastu dah boleh baca laju.  Masa membaca aku pulak ialah tatkala memijak kaki ayah!

Ini satu lagi hobi ayah...Kena pijak!  Setiap hari lepas makan tengah hari tugas aku ialah memijak kaki ayah selama setengah jam!  Dari hujung kaki sampaila ke pinggang.  Itulah rutin aku sampailah ayah tertidur.  Setengah jam!  Bosan giler beb.  Tu pasal aku baca cerpen dalam pengasuh/ Al Islam sambil pijak ayah.  Lepas aku dah bersekolah menengah dan duduk kat asrama, tugas memijak ayah diteruskan oleh adik beradik Ami.  Tak pernah miss.  Aku tak tahulah camana penggiliran dia orang masa pijak ayah.  Yang pastinya itu dah jadi satu kewajipan kami yang tinggal di rumah 40 Kampung Sempa!!    

Lagi satu hobi ayah aku ialah merokok!  Kalau ikut ceritanya, ayah dah merokok sejak umur 13 tahun lagi.  Seingat aku masa zaman duduk kat Kg Sempa nie, ayah hisap paip dengan tembakau cap nanas.  Klasik siot.  Tembakau cap nanas!  Masih aku ingat ayah masukkan tembakau dalam paip.  Lepastu guna mancis api untuk bakar tembakau dan kemudian ayah akan sedut dalam-dalam.  Siap tutup mata lagi.  Punyalah nikmat agaknya. Asap rokok ayah akan berkepul-kepul ke udara memenuhi ruang rumah.  Dan aku masih ingat lagi akan baunya sampai sekarang nie.  Ayah langsung tak percaya dan marah kalau orang kata yang rokok tu boleh bawa maut.  Ayah kata dia merokok sejak umur 13 tahun dan hidup lebih 90 tahun.  Ayah siap kasitahu lagi apa makna ROKOK. (Ramai Orang Kata O K).   Hebat ayah aku!   

5 comments:

  1. Gambar paling atas tu x bleh blah lah...hahha... Klu ada lg gambar2 cam gitu, post lah lg...kelakar gila...kat mak byk gambar2 lama...

    ReplyDelete
  2. bab pijak tu akupun pernah terkena. time tu aku ingat lagi, time cuti sekolah sengaja balik kampung sendiri2 naik keretapi. sampai kat pekan slim dah pukul 11 malam, bas dah takde so cadangnya nak tidur masjid. On the way ke masjid, polis tahan aku. polis ingatkan aku lari rumah. diaorang tak percaya aku dari seremban nak balik rumah opah. terus polis tu hantar aku aku sampai depan rumah opah. ha, time cuti 2 minggu kat situ ler aku terkena ikut giliran pijak kaki atuk. memang penat & memboringkan. hebatlah ko acik, boleh tahan tiap2 hari pijak atuk...

    ReplyDelete
  3. Anon 23:41 Ko ni sapa? Cer kenalkan diri. Klau ada gambar yg lawak silalah email kat aku. Nnti aku wat story. Klau ko ada story lagi baik.

    Zeli: Best gak citer ko tu. AKu x ingat plak bila masa ko sampai tgh2 malam buta kt kampung dgn polis. Lepastu duk serah diri utk pijak atok. Hahaha. Padan muka ko!

    ReplyDelete
  4. apa kata wat plak citer pasal jamban kat sungai tu..itukan port acik tangkap ikan..hahah..kitorang nak gak tau asal usul jamban tu..

    ReplyDelete
  5. Pijak atok ehh...heran gak apasal aku tak pernah kena suruh pijak.Tak silap aku pun Izral pun tak pernah di suruh pijak atok..aku pun nak story gak pasal atok aku ni..banyak jasa2 dia yang aku tak leh lupa sampai sekarang.Nampak aje cam tu orang tua tu,tapi brilliant!

    ReplyDelete